my papa sent this to me via email.. errkkk
Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang
tapi di depan orang yang kita suka, hati kita kan gembira.
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga
di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin saja.
Jikalau kita lihat ke dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku
tapi jikalau kita lihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenum.
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata
di depan orang yang kia suka, lidah bebas berkata apa sahaja.
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu
di depan orang yang kita suka, kita senang tunjukkan imej sebenar kita.
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta
tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis
bila orang yang kita suka menangis, kita pasti akan buat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari mata
perasaan suka bermula dari telinga.
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang,
umpama kita buang telinga kita.
Tapi andai kita cuba menutup mata,
cinta kan berbuah jadi air mata...atau akan terus hidup dalam jiwa kita.
Setiap orang akan mengalami perasaan ini dalam hidup mereka
cuma tiba satu saat kita perlu tafsirkan semula...bezakan antara perasaan
cinta atau suka.....
2 comments:
kalau ada butang LIKE. i tekan! :)
LIKE ...hehhe..terkejut gak i baca..
Post a Comment